Purple Bobblehead Bunny

Sunday 13 October 2013

Penggunaan Sumber secara Optimum

                  Pengunaan Sumber secara Optimum

Penggunaan optimum bermaksud penggunaan sumber yang menghasilkan faedah tertinggi dan kesan buruk yang paling rendah.Penggunaan optimum dapat mengelakkan sesuatu sumber daripada dibazirkan.

Cara-cara untuk menggelakan pembaziran :

1.Tutup suis televisyen jika tidak menontonnya

   



2.Pokok yang hendak ditebang dipilih terlebih dahulu.

 

3.Penggunaan tuba untuk menangkap ikan perlu dielakkan kerana boleh memusnahkan hidupan dalam laut.

                         


Glosari
Tuba
bermaksud sejenis racun yang diperbuat daripada bermacam-macam akar yang beracun.



  Sumber Alternatif

Sumber mineral akan habis jika digunakan berterusan dan tanpa kawalan.Oleh itu,bagi mengurangkan pergantungan terhadap sumber mineral beberapa sumber alternatif boleh digunakan.



Tenaga yang diperoleh daripada cahaya Matahari dapat menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga tersebut boleh digunakan untuk memanaskan air dan membekalkan tenaga untuk peralatan elektrik.




Bahan sisa pertanian seperti kelapa sawit,sekam padi dan tebu boleh diproses bagi menghasilkan tenaga elektrik biomas.Tenaga ini dapat digunakan sama ada di rumah atau bagi keperluan industri.

Glosari
Alternatif bermaksud satu pilihan antara dua kemungkinan.

Biomas bermaksud bahan atau sisa daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga, gentian atau bahan kimia.

No comments :

Post a Comment